Thursday, September 26, 2019

Cendol Buat Sendiri




Resepi : Cendol Buat Sendiri

Pembetulan : Tepung beras tau.. Bukan tepung besar.. Tersilap kat video 
Kredit to Buku Resepi : www.seminitresepi.my
== Bahan-bahan ==
Bahan cendol
3 cawan air pandan
1 cawan tepung beras
1 tbsp tepung jagung
1 tbsp air kapur
Sedikit pewarna hijau
Bahan air gula
3 keping gula melaka
2 cawan gula merah
Sehelai daun pandan
Bahan santan
1 cawan santan pekat
3 cawan air
Sedikit garam
== Cara-cara ==
Kisar daun pandan bersama air, dan tapiskan.
Dalam periuk bersih, satukan kesemua bahan untuk membuat cendol dan masak menggunakan api sederhana sehingga berkilat. Pastikan cendol di kacau sentiasa untuk mengelakkan hangus
Sediakan mangkuk besar yang berisi air sejuk. Paip kan cendol yang sudah dimasak tadi ke dalam air. (Rujuk video)
Cendol sedia digunakan.
Untuk membuat air gula, satukan kesemua bahan dan masak hingga sedikit pekat.
Untuk membuat air santan, satukan kesemua bahan dan kacau rata
Cendol sedia dihidang bersama ais. Selamat mencuba

p/s : Jangan lupa like & follow kami :-
https://www.facebook.com/Mak-Ani-Food
https://www.instagram.com/mak_ani_food/

Tuesday, September 24, 2019

Stall kami akan dibuka!!!





















Haii .. Assalamualaikum!
Alhamdulillah.. Kami dalam proses pembukaan stall Cheese Leleh di Taman Bukit Mewah Fasa 9.
(Dapur Dia Restaurant).
Masih lagi dalam proses set up Banner dan bunting , Stall , Barangan kering dan basah.
InshaAllah Oct 2019 ni akan dibuka. Kami juga menyediakan service penghantaran percuma ke depan pintu rumah @free delivery service (tapi sekitar Taman Bukit Mewah Fasa 9 saja).

Antara menu yg korang boleh datang TERKAM :
1. ROTI GORENG CHEESE LELEH
    (Ayam/Daging/Mayo Crab/Cheesy Tuna)
2. NANCOS CHEESE TARIK
     (Ayam/Daging)
3. CHEESY JUMBO SAUSAGE
KOMPEM PADU GUYS!!  I iolls Xtipu punye...
Sambil mengeteh, mengopi, tengok bola kt screen besar di Dapur Dia Restaurant, boleh la korang comot2kan mulut dengan menu2 ni kann....
Yang penting Kami serve panas2 hokay 😁
Kami akan announce bile tarikh yg akan dibuka.
Semoga perjalanan ini dipermudahkan. Aminnnn..

Follow kite guys ...
https://www.facebook.com/Mak-Ani-Food
https://www.instagram.com/mak_ani_food/





Saturday, September 21, 2019

Bunyi tayar berdengung (Harga bearing Myvi lagi best)

*Kos bearing Myvi*

Harini nk cerita sikit pasal bearing.
Cerita sedih bermula macam ni.
Sis ni jenis tau bawak kete je, isi minyak... tu je..
Alkisah nye sebelum raya puasa 2019 nak kene service kereta (minor). Pastu mase g bengkel, orang tu cakap tayar dh kene tukar ni sebab dh teruk. Sis tepuk dahi la sebab ngam2 bajet untuk service je. Almaklumlah nak raya kan, banyak nak pakai duit.

So hasil perbincangan dengan suami, kite tukar je la 2 biji dulu (tayar depan). So service dah, tayar pon setel.
Balik lah kami ke kampung dengan hati yang riang.
Tengah2 bawak tibe2 rase bunyi tayar berdengung kuat ibarat pakai turbo. Sampai kami laki bini bercakap kene kuat2.. Lagi laju kereta lagi lah kuat. Ingatkan tayar kurang angin, berhenti cek tengok okay. Jalan lagi dan lagi. Bunyi still ade. Buat konklusi sendiri, mungkin tayar bunga baru tu sebab bunyi kuat. Xde lah cek2 dah pastu sampai berbulan2 lama nya. Siap jalan sini sana, balik kampung Johor, Negeri Sembilan ntah berapa puluh kali. 🥴

Satu hari anak buah nak pinjam kereta, so waktu die balik anta kereta die bagitau yang bearing kereta tu kene tukar cepat sebab bunyi dah teruk sangat dengungnya. Zassssss!!! 😫
Baru la tau bunyi tu bearing yg dah rosak.
Sebelum die pecah tengah jalan and bahayakan byk nyawa kat dalam tu, baik cepat tukar.
Maka nya sis pon muke redho call sini sana tanya harga.
Bengkel cakap kalau bearing Myvi baru - depan (RM 150 siap upah pasang) dan kalau belakang dalam (RM 110 siap upah pasang). So utk kereta sis, yg rosak tu bearing belakang kiri.
Jadi pengajaran lepas ni kalau dengar je bunyi lain dari yang lain kt kereta cepat2 lah refer pada yang arif. Jangan lah buat andaian sendiri. Sebab benda kecik macam ni nampak simple, tapi melibatkan nyawa. Sibaik sis hari2 bawak kete dengan perut yang sarat 8 bulan lebih ni, pi kejer kehulu hilir xde ape2. Alhamdulillah, ade yang tegur awal.

#keneambiltahupasalkereta
#jangantahubawakje

Tuesday, September 10, 2019

Resepi Rendang Maman Negeri Sembilan



RENDANG maman cukup terkenal di Negeri Sembilan lantaran keenakannya yang tidak terkata. Jika dibandingkan rendang ini dengan negeri lain, ia masih menduduki tempat paling teratas.
Cara masakannya pun tidak begitu susah, yang penting anda rajin ya. Jom, femina kongsikan resepi rendang ini.
2 kilogram (kg) sayur maman
2 kg santan (bersamaan 6 biji kelapa)
7/8 keping asam keping
2 buku kunyit hidup
Cili api (ikut suka)
garam secukup rasa
Bahan-bahan: 1 ekor ayam kampung
Cara-cara memasak:
1) Siang daun maman, basuh dan toskan supaya tidak terlalu basah.
2) Bersihkan daging dan masukkan ke dalam kuali.
3) Kisar kunyit dan cili api, campurkan ke dalam daging tadi.
4) Masukkan santan dan garam. Kemudian, kacau bahan daging dan air cili itu supaya rata.
5) Setelah kuah pekat masukkan asam keping.
6) Bila santan pekat, baru masukkan daun maman.
7) Ingat, jangan kacau selalu kerana dikhuatiri keluar air pahitnya. Lakukan perlahan-lahan supaya daunnya layu dan tenggelam. Setelah semuanya layu, barulah dikacau rata garamnya. Angkat dan hidang!

Misi mencari Stall untuk Roti Goreng Cheese leleh





Cari kt kedai secondhand je sekitar kajang 
Walaupun secondhand tapi harga boleh tahan jugak ❗️😭

Cendol Buat Sendiri

Resepi : Cendol Buat Sendiri Pembetulan : Tepung beras tau.. Bukan tepung besar.. Tersilap kat video  :) Kredit to Buku Re sepi :  ww...